Tips Penjagaan Wajah 101
Setiap wanita perlu tahu rahsia untuk mendapatkan kulit wajah yang cantk, berseri dan sihat sudah semestinya memerlukan konsistensi dan kerajinan! Tak perlu produk kecantikan yang mahal sekiranya anda TIDAK RAJIN atau MALAS dalam menjaga rutin penjagaan wajah. Yang penting korang amalkan tips penjagaan wajah yang kami akan kongsikan ini secara konsisten, korang akan nampak perbezaan pada kulit wajah anda!
Cuci Muka
Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cuci muka dengan air suam dapat membuka pori-pori supaya kotoran di dalam liang pori dapat dibersihkan. Kemudian, bila sesudah mencuci dengan pencuci muka, bilas dengan air sejuk untuk menutup pori-pori yang terbuka.
Toner
Pentingnya guna toner ini kerana untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Selain itu, ia berfungsi menghilangkan saki-baki kotoran yang tertinggal di wajah!
Serum
Kemudian, korang boleh sapukan SW NutraVita Marine Placenta Serum ke wajah. Hanya pam 1 atau 2 kali di telapak tangan dan sapukan rata di wajah. Serum ini mempunyai fungsi anti penuaan jadi, ia membantu mengembalikan keanjalan wajah, berseri dan cantik.
Concentrate
Bagi mereka yang mempunyai kesan parut atau mempunyai wajah yang berjerawat, boleh cuba untuk sapu SW NutraVita Marine Placenta Concentrate ini. Hanya picitkan 1 atau 2 titis dan sapu rata di seluruh wajah. Kelebihan concentrate ini ialah dapat menyerap dengan cepat ke dalam kulit, membantu merawat kulit dari dalam dan memudarkan parut jerawat, kecederaan ataupun pembedahan.
Pelembab
Dengan penggunaan pelembab secara konsisten setiap hari dapat membantu melambatkan penuaan kulit dan mengelakkan kulit korang berkedut dengan cepat.
Pelindung UV
Jangan tinggalkan ini sekiranya korang taknak kulit rosak dek sinaran UV! Oleh itu, pastikan kulit wajah sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.
8 Gelas Air Kosong!
Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan kulit wajah sentiasa segar dan tidak kering.
Tidur Yang Mencukupi
Walau sesibuk mana pun korang, pastikan waktu tidur korang terjaga! Kerana dari sinilah bermulanya kulit wajah akan mula menjadi sembab, kusam dan tidak bermaya.
8 tips penjagaan wajah yang korang boleh amalkan setiap hari tanpa gagal! Semoga bermanfaat. Inginkan kulit wajah yang awet muda, berseri, cantik dan berseri? Jangan lupa untuk berkorban untuk kebaikan diri sendiri!