Takut handbags rosak bila tak pakai? Ikut je 5 tips jaga mudah ni


Beg tangan dan perempuan tu memang tak dapat dipisahkan. Bukan jer sebagai aksesori, tapi beg tangan dah jadi satu keperluan. Ye lah, macammana nak bawak phone, blusher, lip gloss, beg duit, coin purse dan banyak lagi barang2 lain kalau takde beg tangan kan. 

Dan 1 beg je mana cukup, mesti nak ada sekurang-kurangnya 4 atau 5 supaya senang nak suitkan dengan OOTD. Tapi macammana nak jaga beg supaya tahan lama Haa… boleh ikut jer 5 tips mudah ni!

  1. Jangan letak atas lantai

Girlsss, jangan letak beg korang atas lantai bila kat cafe, office atau mana-mana pun. Lantai kat tempat-tempat ni biasa kotor. 

Amalkan letak beg atas riba, kat belakang kerusi atau amik jer kerusi extra tuk letak beg. Even kat rumah pun gunakan penggantung utk sangkut beg korang yer. 

  1. Simpan elok-elok

Jangan simpan beg merata-rata. Nak beg tahan lebih lama, korang kena lah simpan dengan cara betul.

Kalau ada tempat simpan yg khas lagi bagus. Paling mudah adalah gantung beg korang, tapi make sure kosongkan semua isi perut dia. Kalau tak tali beg akan cepat rosak! 

  1. Gunakan dust bag

Biasa beli beg mesti dapat dust bag kan. Haa… jangan tak guna pulak. Beg yang tak pakai tu balut lah dengan dust bag yg ada supaya segala habuk dan kotoran tak melekat kat beg.

Kalau takde boleh je gunakan tudung atau baju yang tak dipakai lagi. 

  1. Gunakan small clutch

Kalau nak bawak cream muka, lipstick atau blusher dalam beg gunalah clutch kecik supaya takde kejadian yang tak diingini berlaku. Nanti tak pasal-pasal pulak interior dlm beg tu kotor sebab lipstick terbuka. Kalau dah jadi, cepat-cepat bersihkan supaya ia tak melekat.

  1. Rutin penjagaan beg

Selain dari tips di atas, rutin yang korang kena amalkan dalam penjagaan beg adalah:

  • Elakkan memegang beg dengan tangan yang kotor atau yang dah disapu losyen atau krim.
  • Simpan beg dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight.
  • Pakai beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak.
  • Guna berus suede untuk bersihkan beg.
  • Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama.
  • Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.

Senangkan. Lepas ni boleh la tambah koleksi handbags lagi!


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published