Beras Murah Tak Jadi Masalah, Tetap Sedap Dan Gebu Dengan Cara Ni


Korang perasan tak, kalau pergi makan dekat hotel, nasi yang dorang hidangkan mesti elok je cantik sebutir-butir. Dah tu sedap pulak tu.

Berbeza kalau buat sendiri dekat rumah, ada rasa sedap je. Tapi bab presentation memang tak jadi sebutir-sebutir.

Kredit: Liputan

Jadi hari ni sis nak share sikit tips masak nasi berderai-derai orang panggil dari sorang cef ni. Korang tak payah risau, kalau guna beras murah pun tak jadi masalah la. Tetap sedap dan gebu! Tu yang best.

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Air
  • Cuka makan
  • Minyak masak
  • Garam
Cara penyediaannya:
  1. Masukkan beras yang dah dicuci bersih dan masukkan air ikut sukatan beras.
  2. Masukkan minyak, cuka dan garam. Kalau nak wangi masukkan daun pandan.
  3. Lepas nasi dah masak, boleh gaul untuk gebukan nasi.

Siap untuk dihidang!

Kredit: Illuminasi

Senang je kan? 

Lepas ni nak hiding untuk keluarga makan pun terasa macam bangga sebab nasi cantik dah taraf taraf hidangan hotel dah. Hihi.

Selamat mencuba!


Kredit tips & gambar: ChefAdzha Ishak

Korang juga mungkin berminat nak baca: 5 Teknik Masak Nasi Yang Perlu Semua Orang Tahu


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published