Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

5 cara nikmati avokado yang lebih sedap terutamanya untuk beginner


Perasan tak orang kalau nak diet dia akan makan avocado. Tertanya-tanya tak kenapa avocado ni ramai sangat orang makan?

Okey first sekali korang kena tahu, avocado memang berbeza dari buah-buahan yang lain. Kaya dengan lemak sihat, avocado sangat membantu dalam sistem penghadaman selain daripada boleh cegah penyakit jantung dan kurangkan risiko obesiti.

Avocado besar

Tapi untuk orang yang tak pernah makan avocado, mungkin dorang akan skeptikal sikit sedap ke avocado tu? Buat beginner yang nak try avocado, ada beberapa cara yang boleh korang gunakan untuk nikmati avocado.

1. Jadikan jus atau smoothie

Kalau korang penggemar jus buahan, boleh cubalah buat smoothie avocado. Kalau risau rasa avocado tu kuat sangat, boleh campurkan dengan buah lain macam pisang.

Avocado Smoothie

Kredit: Jessica Garin

2. Salad

Daripada makan salad kosong macam tu, apa kata korang tambahkan buah avocado yang dah dipotong kecil dalam salad. Dengan tambahan avocado ni, tak adalah rasa salad korang rasa kosong je.

Salad

Kredit: Delish

3. Makan dengan scrambled egg

Rasa avocado tu akan jadi lagi sedap kalau korang makan dengan scramble egg. Rasa lemak avocado campur dengan rasa manis telur memang fuh! Mabeles!

Avocado scrambled egg

Kredit: Food Network

4. Grill

Jangan tak tahu, avocado pun boleh digrill tau. Kalau korang grill dengan daging, rasa lemak avocado tu akan diserap ke dalam daging dan buatkan rasa berlemak daging tujadi lagi. Nak lagi sedap, sebelum makan tu boleh perah sikit lemon.

Avocado steak

Kredit: The Spruce Eats

5. Topping

Kalau korang buat pizza atau pasta, bolehlah jadikan avocado ni sebagai topping. Ye, avocado memang sesuai untuk pelbagai resepi terutamanya resepi western. 

Avocado melts

Kredit: Little Broken

Buat yang takut/ragu-ragu nak makan avocado, bolehlah cuba cara-cara dekat atas ni. Sis yakin kalau korang dah mula makan avocado, mesti korang suka punyalah. Sebab rasa avocado ni memang susah nak tinggalkan.

Sedap dan berkhasiat. Yang nak diet pun boleh cuba sebab avocado memang mengenyangkan. Paling penting kena pilih avocado yang dah masak, barulah sedap rasanya.

 


1 comment


  • Nik

    yummms best nye


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published