Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

5 Cara Mudah Kilatkan Jug Blender Biar Nampak Macam Baru


Blender adalah salah satu perkakas dapur yang sangat sangat membantu kerja para ibu dan isteri. Tak payah nak menumbuk, semuanya masuk blender. Mudah kerja.

Tapi blender ni kalau pakai selalu, memang nampak lusuh je jug dia tu. Berkepuh dah tak nampak cantik. Belum kira lagi sisa warna kunyit.

Kredit: Mr Right

Kredit: Mr Right

Tak perlu pun nak beli baru kalau jug tu dah tak berkilat. Korang guna je cara ni, confirm jug blender tu nampak macam baru. Berkilat sampaikan bila susun dekat dapur tu terasalah bangga dengan diri sendiri sebab cantik sangat.

  1. Lepas cuci blender, pastikan korang blend air panas yang dah dititiskan beberapa titik sabun pencuci dalam 30 saat. Lepas tu cuci macam biasa dan korang akan nampak jug yang kelabu asap tadi dah warna putih.
  2. Blend beras dalam 30 saat. Warna putih dari beras tadi akan cuci kotoran yang ada. Bukan takat warna jug je akan berkilat, tapi bau bau bawang segala bagai tu semua pun hilang sekali.

Kredit: B Tech

  1. Garam kasar. Fungsi dia sama je macam beras tadi. Cuma kalau nak lagi nice masukkan perahan limau, confirm wangi je blender korang lepas tu.
  2. Baking soda. Baking soda ni memang banyak kegunaannya. Masukkan air dengan sedikit baking soda, then blend sampai rasa puas hati.
  3. Cuka makan. Cuka makan ni sangat membantu. Yang ni korang takyah blend. Masa nak cuci tu korang redam je blender dengan cuka makan dan air panas. Biar dalam 15 minit then cuci macam biasa.

Mudah je kan? Lepas ni memang puas hatilah bila jug yang sebelum ni kelabu tu nampak bukan main berkilat lagi macam baru.

Jangan lupa cuba tau!


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published