Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Resepi Sotong Stim Limau ala Thai


Makan ni selalu pun tkde masalah. Rasa pedas, masam, manis 😋👌🏻
Sos ni boleh juga guna utk ikan siakap stim limau. Sedap fuhhh... Selamat mencuba!
Bahan:
Sotong setengah kilo @ 1kg
Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )
Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)
Asam limau nipis dalam 3biji
Daun ketumbar ( potong )
Kiub pati ayam 1/2 @ 1
Kicap sotong 3 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Cara:
Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat
( air sotong tu kak aya buang 😁 )
Cara sos:
1. Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar.
2.  Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula.
3. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP 😋

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published