Resepi Sos Black Pepper
Resepi Sos Black Pepper yang tersangat sedap & langsung tak muak.


Silakan resepi lengkapnya.
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin*

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula
(Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Credit (Facebook): Resepi Mudah