Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Resepi Mudah Ayam Masak Merah


Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas seperti ayam, bawang dan sos tomato. 

Bahan-bahan

  • 300g Dada Ayam
  • ½ sudu kecil Serbuk Kunyit
  • ½ sudu kecil Maggi
  • 4 sudu besar Minyak Jagung
  • 1 sudu besar Minyak Jagung
  • 20 g Bawang Merah
  • 6g Bawang Putih
  • 1 tangkai Serai
  • 60g Maggi Sambal Tumis
  • 2 sudu kecil Sos Tomato 
  • 200ml Air

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
  2. Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bawang kecil, bwang putih dan serai.
  3. Masukkan maggi Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan sos tomato, ayam dan air.
  4. Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Terakhir sekali, bila dah siap tu, boleh la hidangkan bersama nasi panas. Makin padu rasanya! Dah tak perlu ke kenduri sekadar untuk makan resepi ini. Dengan resepi mudah ini, korang dah boleh buat rumah bersama keluarga tersayang! Selamat mencuba. 


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published