Resepi mee sizzling


Bahan-bahan untuk kuah:
1 mangkuk ayam bahagian isi -potong dan bersihkan.
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
5 ulas bawang putih -cincang
1 inci halia -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sk serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
1 senduk kicap pekat
1 senduk sos tiram
1 sb minyak bijan
3 sb tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Garam
Gula
1 liter air
Bahan lain:
1 bungkus yee mee
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
2. Masukkan ayam, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
3. Masukkan cendawan shiitake
4. Masukkan 1liter air, perasakan dengan garam dan 1sb gula.
5. Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
6. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.
Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yg ingin disediakan.
Credit: Suzana Othman

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published