Resepi Ayam Masak Kam Heong


Tak perlukan bahan yang banyak pun uolls. Selamat mencuba
Cara :
1. Panaskan minyak, Ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang besar 2 biji, bawang putih 5 ulas, daun kari 5 tangkai & semua bahan tu.
3. Masukkan rempah ayam 2 sudu makan. Ibu pilih rempah kari adabi.
4. Dah pecah minyak, ambil cili padi 3 biji belah 2. Nak pedas lagi letak lebih.
5. Cili sos sukatan 2 sudu makan.
6. Sos tiram 2 sudu makan.
7. Kicap 1 sudu makan. Gaul rata
8. Masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata satukan & SIAP!
Sumber : Ameera

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published