Rahsia Kenapa Tomyam Dekat Kedai Thai Sedap


Tomyam ni walaupun masakan orang Thai, tapi dekat Malaysia memang ramai peminatnya. Dia punya kaw kalau makan masa badan tak sedap, memang terus rasa sihat. 

Pernah tak korang terfikir kenapa tomyam dekat kedai Thai lagi sedap dan kaw kalau nak dibandingkan dengan yang kita buat sendiri dekat rumah?

 

Okey, jom kita tengok apa bahan rahsia yang dorang letak sampai boleh buat rakyat Malaysia angau ni.

Bahan-bahan:

  • Ayam 
  • Garam
  • Gula
  • Kicap sotong
  • Air limau
  • Pes tomyam
  • Sedikit serai
  • Sedikit daun limau purut
  • Cili api (diketuk)
  • Bawang besar (dipotong kasar)
  • Sedikit susu cair

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan kecuali bawang besar dan susu cair.

    2. Bila kuah dah menggelegak, masukkan bawang dan susu cair.

    Dengan 2 step je, korang boleh dapat tomyam yang sedap macam dekat kedai Thai tu. Dah tak payah risau pasal nak bersesak dekat kedai kalau mengidam nak makan tomyam Thai. 

    Ingat, jangan lupa air limau, kicap sotong dengan susu cair tau. Itu yang buatkan tomyam Thai lebih sedap.

    Selamat mencuba!

    Kredit resepi dan gambar: @rnifar095


    Leave a comment


    Please note, comments must be approved before they are published