Megi Kari Telur Goyang Tetap Di Hati Selamanya!


Kali ni kita bagi resepi yang mudah dan tak lapuk dek zaman! Resepi ni antara resepi yang menjadi kegemaran ramai lagi-lagi bila lapar tengah malam. Kalau ikut resepi, memang kena tekak Cik Dee sebab pedas hihi Jom la kita tengok cara-cara dia: 

Bahan-bahan: 

  • Maggi kari
  • Telur
  • Bawang besar
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daun Kari
  • Rempah Kari / Daging
  • Sawi 

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari

  1. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing
  2. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula


  3. Tambah air, tak perlu banyak2 sangat. Masukkan telor dengan penuh kasih sayang. Jangan kacau2, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telor yang korang suka, boleh angkat telor tu dan ketepikan


  4. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sawi, dan cili padi.


  5. Kacau2 dan siapppp. Hidangkan dengan telor goyang tadi.

Yeayy, bila dah siap tu, boleh la makan dengan amannya hehe Nak lagi best kenalah makan ramai-ramai, baru la umphhhh! Terima kasih Norliana Manap sebab sudi berkongsi resepi ini. Selamat mencuba semua! Buat ni confirm korang puas hati. 


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published