Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Ikan Kembung Masak Asam Rebus, Pembuka Selera Berbuka Puasa


Sekali sekala tukar selera berbuka puasa dengan makanan yang simple seperti nasi putih panas dan resepi ni. Sedap dia tu terasa lain maciam! Lagi-lagi kalau korang rasa tak sedap badan, sesuai jugak buat ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa. Boleh follow je resepi dari Che Nom ni, mesti menjadi!

Kredit: resepi Che Nom

Bahan-Bahan:

  • 4-5 ekor ikan kembung
  • ½ biji betik muda atau nenas
  • 1 batang serai, dititik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 keping asam keping/gelugor
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit atau serbuk kunyit
  • Cili merah atau cili padi
  • Sedikit belacan (jika suka) 
  • Air 

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
  3. Masukkan betik muda, serai, daun kesum dan asam keping.
  4. Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published