Homemade topokki


Homemade topokki 🇰🇷 Kdrama lover sejati je tahu makanan ni. Ha sis lah org tu haha!
Nak cari topokki yang halal susah, kalau ada pun mahal. Elok lah jumpa resepi ni. Boleh buat sendiri sambil layan Start Up 😋🤗
Cara topokki:
- 2 cawan tepung pulut.. uli dengan air lebih kurang suku cawan.. uli sampai doh tak melekat
- Gelek2 potong lebih kurang 1 inci. Panjang2 kang aje terbegik kata orang johor
- Didihkan air.. lepastu masukkan satu2.. letak minyak sikit supaya tak melekat. Basically, kalau korang letak gula melaka, dia jadi buah melaka terus..simple!
- Dah timbul, angkat.. letak dalam bekas air sejuk supaya dia pejal2 gituuuu. Air rebusan jangan buang..boleh letak dalam sos kejap lagi
Bahan kuah :
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar gochujang
- 1 sudu gula perang, putih pun boleh asal namanya gula
- Garam sikit
- Minyak bijan sikit
- 2 ulas bawang putih tumbuk sampai lumat
Cara kuah :
- Tumis bawang putih sampai naik bau.
- Campur semua bahan2 yang lain dengan air rebusan
- Yg ni agak2 nak pekat nak cair asal boleh je aku🤣
- Kalau nak campur sosej je apa2 ke, campur masa buat sos
- Sos dah didih, masukkan topokki
- Taraaaaa!!! Easy peasy lemon squeezyyy
credit: Waida Mohd Yusof

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published