Homemade Mexican Bun ala Rotiboy


Bahan-bahan Roti
Doh:
130 ml air suam
40 gram gula
2 sudu kecil yis
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pelembut roti
250 gram tepung roti
10 gram susu tepung (optional)
30 gram mentega
Cara-cara:
Masukkan air ke dalam cawan dan kacau bersama gula dan yis.
Biarkan yis mengembang dan berbuih lebih kurang 15 minit.
Masukkan telur, garam dan pelembut roti. Kacau sebati.
Masukkan pula tepung roti dan susu tepung. Uli sehingga sebati. (boleh uli guna tangan ataupun mixer)
Letak mentega ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
Biarkan doh mengembang sekali ganda lebih kurang 60 minit.
Setelah kembang, ambil sedikit doh (lebih kurang 45g-50g).
Leperkan doh dan masukkan inti yang dibekukan tadi. Tutup dan bulatkan doh.
Letakkan doh di atas tray yang dh disapu majerin.
Biarkan ia mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180ºC.
Kemudian pipekan topping di atas doh.
Bakar roti selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing)
Inti:
10 gram mentega
40 gram gula perang
1/4 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Masukkan ke dalam plastik dan bekukan.
Setelah beku, potongkannya berbentuk kiub supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam doh roti.
Topping:
2 sudu besar air
2 sudu nescafe/klu nk guna nescafe 3in1 pun blh.
50 gram gula aising
50 gram mentega
1 biji telur
50 gram tepung gandum
Cara-cara:
Kacau kopi bersama air sehingga larut.
Pukul gula aising bersama mentega sehingga sehingga gebu dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan air nescafe yang telah dibancuh tadi.
Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sehingga adunan sebati.
Isikan adunan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
Credit: nazatul fa via MAHN

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published