Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Daging Masak Hitam ala-ala kenduri


Time pkpb ni memang tak akan dapatlah nak makan lauk kenduri kahwin kan. Tkpelah kita buat kenduri sendiri dkt dapur 😂
Jom cuba resepi Daging masak hitam ala-ala kenduri. Ewahh kompang sikit! 😆
Bahan perap:
  • Daging 2 kilo
  • kicap manis&kicap pekat
  • Bahan masakan:
  • cili kering 20 tangkai(bland)
  • bawang besar 2 biji
  • bawang putih 10 ulas
  • halia 5-6 hiris
  • serai 2 batang
  • buah keras 5 biji
  • kismis 1 genggam(patutnya guna kismis hitam, x dak guna ja yg kuning)
  • jintan manis 1 sudu kecik
  • lada hitam 1 sudu kecik
Cara:
- perap daging dengan kicap manis&kicap pekat dan cili kering blend (perap 2-3 jam)
*Sementara tunggu daging kita blend bahan2 ni dulu:
Bekas biru💙
blend bawang besar,bawang putih, halia
Bekas pink💗
blend serai,kismis,buah keras,jintan manis,lada hitam
Masak:
- minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang blend
- bawang dah garing masukkan rempah blend pulak
- pecah minyak macam ni masukkan daging... api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air
- masak sampai kering macam ni
p/s: ikut kan tak payah tambah gula&garam lg dah ngam2 rasa tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu nak kering macam ni api perlahan... 3 jam jugak la😅 tapi berbaloii puas makan
credit: Rusfaniza Abu Yazid

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published