Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Cookies ala Famous Amos


Senang je uolls.. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau-kacau bagi sebati, pastu cubit-cubit pakai tangan & bakar! Laju je buat ni, jomah kita baking..
Bahan2:
  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan Brown Sugar
  • 1 sudu kecil Essence Vanila
  • 1 biji Telur
  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 6 sudu besar Minyak Masak
  • 2 cawan Coklat Cip
  • Almond nips / almond flakes --jika suka
*Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!
Cara I :
  1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..



  2. Masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..



  3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.



  4. Masukkan lagi segenggam dalam mulut
  5. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. laju2 nak pergi mana?



  6. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak..



  7. Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak 



  8. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa n
Cara II : (sambungan)
  1. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dlm gambar kay.. musim PKP ni jgn izinkan mereka bergaul..



  2. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar



  3. Nampak tu dia dah start mengembang. Jgn gatal2 nak bukak oven kejap2 nnt bantat jadinya..



  4. TADAAA! Famous Amos PKP cookies is DONE!

Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sbb dah nak raya nnt tak sempat kurus 🤪 Eh ada ke raya tahun ni?
Sumber : Anney Z Mustapha

Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published