Update: Due to COVID-19, shipping time may take longer than usual. We appreciate your patience.

Tahu Tak Suami Lebih Geliga Bila Layan Isteri Bercakap?


Orang perempuan memang nature dia suka bercakap. Tapi kadang-kadang ada yang salah anggap yang bila perempuan bercakap sebagai membebel. Sedangkan 2 tu berbeza tau.

Para suami tahu tak bila layan isteri bercakap korang boleh jadi lebih geliga atau dalam bahasa mudahnya jadi lebih bijak?
Jangan tak percaya sebab ini kajian tau.
Jangan tak percaya sebab ini kajian tau.

Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM ada buat kajian yang dalam masa sehari, orang perempuan boleh bercakap dalam 20 ribu patah perkataan berbeza dengan orang lelaki yang boleh cakap 7 ribu patah perkataan je.

Sebab itulah bila layan orang perempuan bercakap, orang lelaki ni akan jadi lebih geliga sebab masa tu otak dia akan dipaksa untuk proses 20 ribu perkataan berbanding dengan apa yang dia boleh proses 7 ribu tadi.

Jadi lepas ni, para suami kalau agak-agak buntu nak fikir idea, bolehlah layan isteri bercakap. Confirm korang akan dapat idea.

 

Kredit gambar: Mohd Fhais


Leave a comment


Please note, comments must be approved before they are published